:: C' e s t L a V i e ::

Sunday, July 10, 2005

Manusia Selalu Lupa...

Manusia selalu lupa,
Lupa kepada Tuhannya,
yang menciptanya dari tiada kepada ada,
Yang memberi nikmat bermacam-macam bentuknya.

Lupa kepada dosa,
Padahal dosa selalu memburunya,
Ia akan menghumbankannya ke dalam Neraka.

Lupa kepada ibu bapa yang memelihara di waktu kecilnya,
Dihantar ke sekolah, berpeluang menuntut ilmu-Nya,
Dijaga kesihatannya, sihat badannya,
Setelah dewasa ilmu itulah aset dirinya.

Lupa kepada guru-guru yang membuat jasa kepadanya,
Memberi ilmu yang banyak, menjadi hartanya,
Sekadarkan menziarahi guru sekali sekala pun tiada.

Dilupakan gurunya sepanjang hayatnya,
Lupa kepada kawan yang pernah menolongnya,
Padahal di waktu itu dia sedang menderita.

Lupa kepada asal-usulnya,
Dia itu siapa sebenamya,
Dilupakan oleh pangkat, kesenangan dan kemewahan,
Teringat sahaja kampung tempat tumpah darahnya,
Rasa tidak senang sahaja.

Malunya hendak ziarah kampung asalnya,
Bahkan bermacam-macam lagi yang dilupakannya,
Padahal semuanya itu sejarah hidupnya,
Sepatutnya manusia ini bersikap:
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home